ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN III-PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 44. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti

(1) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, selepas berunding dengan Majlis, boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Perlis.

(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Apabila seksyen ini mula berkuatkuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Perlis sebelum sahaja seksyen ini mula berkuatkuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Perlis dan hendaklah terus memegang jawatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.