ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Sekyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki erti yang lain:

"Kadi" ertinya seorang kadi yang dilantik di bawah seksyen 18.

"Kadi Besar" ertinya Kadi Besar Kedah yang dilantik di bawah seksyen 11.

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Kadi atau Mahkamah Rayuan mengikut mana yang berkenaan.

"Mahkamah Adat" ertinya mana-mana Mahkamah selain daripada Mahkamah yang ditubuhkan oleh Enakmen ini.

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam Kedah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam 1979.

"Meteri" ertinya suatu meteri seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4.

"Negeri" ertinya Negeri Kedah.

"Peguam" ertinya mana-mana orang atau peguam yang dibenarkan berguam di dalam Mahkamah menurut seksyen 8.

"Pendaftar" ertinya seorang Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 7 dan termasuklah Penolong Pendaftar.

"Timbalan Kadi Besar" ertinya Timbalan Kadi Besar yang dilantik di bawah seksyen 11.

"Undang-undang Islam Negeri" ertinya Undang-undang (Islam) Negeri seperti yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama Enakmen ini.

(2) Perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan yang memberi erti lelaki termasuklah perempuan.

(3) Perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan dalam bilangan tunggal termasukIah bilangan banyak dan perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan dalam bilangan banyak termasuklah perkatan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan dalam bilangan tunggal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.