ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VII - SAKSI-SAKSI



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak sebagai saksi-saksi.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isterinya terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah atau Al-Bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibu bapanya atau keterangan ibu bapanya terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah atau Al-Bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya tidak boleh diterima sebagai syahadah atau Al-Bayyinah.

(4) Keterangan ibu bapa bagi anaknya dan keterangan anaknya bagi ibu bapanya tidak boleh diterima sebagai syahadah tetapi boleh diterima sebagai Al-Bayyinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.