ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 14. Perakuan Pusaka.

(1) Jika di dalam mana-mana pembicaraan berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka si mati yang beragama Islam maka mana-mana Mahkamah Sivil atau pihak berkuasa yang berkewajipan menentukan orang-orang yang berhak kepada pembahagian harta pusaka itu atau bahagian-bahagian yang orang-orang itu masing-masing berhak bolehlah meminta Mahkamah Rendah Syariah, jika jumlah kasar nilai harta pusaka tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit, atau Mahkamah Rendah Syariah untuk memperakui atas kenyataan-kenyataan yang dikemukakan ke Mahkamah itu, pendapatnya berkenaan dengan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan bahagian-bahagian yang mereka masing-masing berhak.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah bolehlah atas permohonan orang yang menuntut sebagai waris dan dengan bayaran sebagaimana yang ditetapkan dengan cara yang sama memperakui pendapatnya atas kenyataan-kenyataan yang dikemukakan dan dalam apa perkara jua bolehlah sebelum memperakui pendapatnya meminta, mendengar persoalan mengenai undang-undang dari pihak-pihak itu, tetapi tidaklah boleh mendengar keterangan atau membuat keputusan atas persoalan mengenai kenyataan. Dalam apa jua perkara kesukaran tertentu Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah bolehlah merujukkan persoalan itu kepada Mahkamah Rayuan Syariah bagi pendapatnya dan hendaklah, jika pendapat itu diberi, memperakui mengikut sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.