ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988
BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN
Seksyen 8. Kuasa-kuasa Jemaah
Jemaah hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang bermanfaat atau semunasabahnya perlu atau bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas-
(a)
untuk memperolehi, membeli, mengambil, memegang, menikmati harta alih atau tak alih dari tiap-tiap jenis dan memindahhak, menyerahhak, menyerahkan balik, menyerahkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hakkan semula, memindahmilik atau selainnya melupuskan, atau menguruskan atau memajukan mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletakhak pada Jemaah atas apa-apa terma-terma yang disifatkannya patut;
(b)
untuk membuat apa-apa perkiraan dengan Kerajaan Negeri atau Persekutuan atau pihak berkuasa yang mungkinnya berfaedah kepada tugas-tugas Jemaah atau mana-mana antaranya dan mendapatkan daripada Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa itu apa-apa hak, keistimewaan dan konsesi yang difikirkan mustahak didapatkan oleh Jemaah dan melaksanakan, menjalankan, dan mematuhi mana-mana perkiraan, hak, keistimewaan dan konsesi itu;
(c)
melakukan segala perkara lain yang bersampingan atau berfaedah bagi mencapaikan maksud tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa Jemaah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.