ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERATURAN AM



Seksyen 67. Bahasa dan penyata.

(1) Bahasa Mahkamah hendaklah Bahasa Malaysia.

(2) Sesiapa yang ingin mengemukakan mana-mana saksi di dalam Mahkamah yang mana saksi itu tidak boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia hendaklah mengadakan jurubahasanya sendiri di atas perbelanjaannya.

(3) Segala dokumen-dokumen atau pembicaraan bertulis bolehlah ditulis atau ditaip dalam skrip Jawi atau Rumi.

(4) Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menyimpan rekod yang penuh dan betul segala pembicaraan dan juga kira-kira mengenai segala urusniaga kewangan Mahkamah yang penuh dan betul dan mengakaun segala wang yang diterima mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.