ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 3 - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 44. Fakta-fakta yang Mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman.

(1) Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman mengenai fakta-fakta yang berikut:
(2) Dalam segala hal ini dan juga mengenai segala perkara mengenai seni, sains, sastera atau sejarah awam, Mahkamah bolehlah menggunakan buku-buku atau dokumen-dokumen rujukan yang sesuai untuk membantunya.

(3) Jika Mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberi pengiktirafan kehakiman kepada sesuatu fakta, ia boleh enggan berbuat demikian melainkan dan sehingga orang itu mengemukakan sesuatu buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membolehkannya berbuat demikian.

(4) Bagi maksud peruntukan subseksyen (1) (
d) Raja termasuk Sultan, Raja dan Yang di-Pertuan Besar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.