ORDINAN 4 TAHUN 1991
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Hakim Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 6(1);

"Hakim Mahkamah Rendah Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah seksyen 8(1);

"Hakim Mahkamah Tinggi Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 6(1);

"Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 6(1);

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 6(1);

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 22(1);

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

"Majlis" ertinya Majlis Islam Sarawak yang ditubuhkan di bawah Ordinan Majlis Islam (Perbadanan) [Bab 105];

"Negeri" ertinya Negeri Sarawak;

"Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 22(4) dan termasuk Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 23.


(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Ordinan ini dan yang tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Ordinan Tafsiran [Bab 1] yang mana sesuai hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing setakat erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Jika timbul sebarang kekeliruan atau kekaburan dalam memberi takrif sesuatu perkataan atau ungkapan berkaitan dengan Hukum Syarak, maka adalah menjadi budi bicara Mahkamah Syariah untuk menentukan takrif perkataan dan ungkapan tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.