ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XVIII - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 128. Perintah ansuran.

(1) Mana-mana penghutang yang terhadapnya penghakiman telah atau akan diberi boleh memohon kepada Mahkamah untuk kebenaran membayar hutang penghakiman itu secara ansuran atau jika suatu perintah untuk bayaran secara ansuran telah dibuat untuk kebenaran membayar ansuran dengan kadar yang lebih rendah dan Mahkamah selepas mendengar pihak-pihak berkenaan boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut.

(2) Jika mana-mana ansuran tersebut tidak dijelaskan dalam tempoh masa lebih daripada satu bulan, perintah tersebut hendaklah disifatkan telah dibatalkan dan pemiutang penghakiman boleh memohon perlaksanaan kesemua jumlah yang masih terhutang dari penghakiman itu, tetapi penghutang-penghakiman boleh memohon untuk mendapat perintah lain.

(3) Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah bayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambah atau dikurangkan dan Mahkamah selepas mendengar pihak-pihak boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.