ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 85. Mensifatkan mati.


(1) Jika si suami dipercayai telah mati, atau tidak ada perkhabaran dalam keadaan-keadaan seperti mana ia patut disifatkan telah mati menurut Hukum Syara', untuk tujuan supaya isterinya boleh berkahwin semula, seorang Kadi boleh, di atas permohonan si isteri, mengeluarkan satu surat akuan mensifatkan si suami itu telah mati berdasarkan anggapan mengikut Hukum Syara' walau apa pun dengan nyata diperuntukkan sebaliknya oleh mana-mana Undang-undang bertulis yang lain dan dengan ini si isteri itu adalah bebas berkahwin semula dan surat itu hendaklah disifatkan sebagai satu surat mati suami untuk maksud seksyen 60 (2) (a).

(2) Surat Akuan yang dikeluarkan menurut seksyen-kecil (1), hendaklah di daftarkan seolah-olah berlaku satu perceraian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.