ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 1 - Permulaan



Seksyen 4. Anggapan.

(1) Apabila diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta, mahkamah boleh sama ada mensifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Apabila diarahkan oleh Enakmen ini bahawa mahkamah hendaklah menganggap sesuatu fakta, mahkamah hendaklah mensifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan dan sehingga terbukti sebaliknya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.