ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 165. Mendirikan Mesjid atau Surau atau mendirikan Jumaat.

(1) Sebuah Mesjid dan Surau tidak boleh didirikan melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis dengan akuan Kadi Besar.

(2) Sembahyang Jumaat tidak boleh didirikan di mana-mana dalam negeri ini melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis dengan akuan Kadi Besar.

(3) Barangsiapa membuat atau melakukan kesalahan dalam seksyen-kecil (1) atau (2) seksyen ini hendaklah dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan dan Mahkamah boleh, tertakluk kepada mana-mana hak pihak yang ketiga memerintahkan supaya bangunan itu dirobohkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.