ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN



Seksyen 60. Butir-butir.

(1) Jika mana-mana surat guaman tidak mengandungi butir-butir yang cukup, Mahkamah boleh dengan sendirinya atau atas permohonan mana-mana pihak memerintah pihak yang bertanggungjawab untuk memfail dan menyebab disampaikan butir-butir lanjut dan lebih baik dan boleh menggantung semua tindakan sehingga perintah itu dipatuhi.

(2) Butir-butir lanjut dan lebih baik boleh difail dan disampaikan atas permintaan tanpa perintah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.