ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 135. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri.

(1) Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan, boleh dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Seseorang yang mempunyai isteri lebih daripada seorang telah tidak bersikap adil terhadap isteri-isterinya pada nafkah, pakaian, tempat tinggal dan gilirannya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan, hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.