ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 11. Bila fakta boleh menjadi qarinah

Fakta menjadi qarinah
MISALAN


(a) Soalnya ialah sama A ada melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.

Fakta bahawa pada hari itu A berada di Ipoh ialah qarinah.

Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tidak barangkali, walaupun tak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, ialah qarinah.

(b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.

Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D, ialah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.