ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VII - MEMELUK DAN KELUAR DARIPADA IGAMA ISLAM



Seksyen 141. Kenyataan masuk dan keluar Islam.

(1) Sesiapa yang memasukkan sebarang orang memeluk Igama Islam hendaklah dengan serta-merta melapurkan perkara itu kepada Kadi dengan memberi keterangan-keterangan yang perlu untuk pendaftaran.

(2) Sesiapa mendapati bahawa seseorang Islam telah keluar daripada Igama Islam hendaklah dengan sertamerta melapurkan kepada Kadi mengenai keputusannya keluar daripada Islam dengan memberi keterangan-keterangan yang perlu dan Kadi hendaklah mengisytiharkan bahawa orang itu telah keluar daripada Igama Islam, dan hendaklah didaftarkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.