ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH
BAHAGIAN XXIII - KOS, ELAUN DAN FI MAHKAMAH
Seksyen 221. Fi Mahkamah.
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), maka hendaklah dibayar berkenaan dengan semua kausa, perkara dan prosiding di Mahkamah apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Kerajaan atau Majlis tidaklah dikehendaki membayar apa-apa fi Mahkamah dalam prosiding oleh atau terhadap Kerajaan atau Majlis.
(3) Fi Mahkamah hendaklah dibayar dengan wang tunai.
(4) Tiada fi boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa prosiding yang diambil atas kehendak Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.