ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan tertentu yang bersumber Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, atau dalam apa-apa ucapan awam atau pernyataan atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada suatu perhimpunan orang yang dirancang, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat ia tahu, atau pada munasabahnya patut tahu akan diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Jadual, atau apa-apa terbitan atau virasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam.

(2) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) apabila disabitkan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.