ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH



Seksyen 5. Keterangan boleh diberi mengenai kenyataan yang menjadi soal dan Qarinah.

Keterangan boleh diberi dalam mana-mana guaman atau pembicaraan mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap nyataan yang menjadi soal dan mengenai nyataan lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah dan tidak mengenai mana-mana nyataan lain.

Huraian
-

Seksyen ini tidak membolehkan sesiapa memberi keterangan mengenai sesuatu nyataan yang ia tidak berhak membuktikan menurut undang-undang berhubung dengan acara mal.

MISALAN

"A" dituduh memukul "B" isterinya dengan tongkat dengan niat hendak menyiksanya. Dalam pembicaraan "A" nyataan yang berikut adalah menjadi soal:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.