ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - JAMINAN



Seksyen 189. Bila waran penangkapan boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin.

Jika, kerana kesilapan, fraud atau sebab yang lain, penjamin-penjamin yang tidak mencukupi telah diterima, atau jika penjamin itu kemudiannya menjadi tidak mencukupi, Mahkamah yang membenar orang itu dijamin boleh mengeluarkan waran penangkapan mengarahkan orang yang telah dilepaskan atas jaminan itu dibawa di hadapan Mahkamah itu, dan boleh memerintahnya mendapatkan penjamin yang mencukupi, dan jika ia gagal berbuat demikian, Mahkamah boleh menghukum dia ditahan dalam penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.