ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 53. Taat balik.


(1) Seseorang suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya diperintahkan isterinya yang lari atau tidak bersekedudukan dengannya, taat balik kepadanya mengikut Hukum Syara' .

(2) Seseorang isteri yang dibiarkan oleh suaminya dan tidak bersekedudukan dengannya boleh menerangkan kepada Mahkamah bahawa ia bersedia taat balik dan memohon kepada Mahkamah supaya diperintahkan suaminya mengambilnya balik bersekedudukan mengikut Hukum Syara' .




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.