ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992
BAHAGIAN II
PIHAK BERKUASA DALAM HAL-HAL AGAMA
Seksyen 33. Perlantikan Mufti.
(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis melantik orang-orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti Kerajaan dan Timbalan Mufti Kerajaan bagi Negeri Sabah.
(2) Apabila mula berkuatkuasanya Enakmen ini, mana-mana orang, yang menjadi Mufti bagi Negeri Sabah sebelum sahaja mula berkuatkuasa Enakmen ini, yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 [
En.15/77
] hendaklah dianggap sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Mufti Kerajaan bagi Negeri Sabah dan hendaklah memegang jawatan sedemikian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.