ORDINAN 4 TAHUN 1991
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan Dan Bidang Kuasa



Seksyen 18. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan diselesaikan oleh seorang pengerusi dan mana-mana dua orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie.

(2) Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah dalam mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat dikehendaki berbuat demikian.

(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi dalam tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, dan sekiranya dia tidak dapat menjalankan tugas, Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik yang paling kanan di antara Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi pengerusi.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.