ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983
BAHAGIAN VII - AM
Seksyen 118. Pengiktirafan perkahwinan orang-orang Islam yang dilakukan di luar Malaysia.
Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Malaysia, lain daripada perkahwinan di bawah seksyen 24 dan perkahwinan yang diakadnikahkan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau pejabat Konsul Malaysia di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 20 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika-
(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang tempat di mana ia telah dilakukan;
(b) tiap-tiap satu pihak itu mempunyai, pada masa perkahwinan itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat tinggalnya; dan
(c) salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin atau tinggal di Negeri ini dan kedua-dua pihak mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.