ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan
Seksyen 20. Tempat perkahwinan
(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam
kariah masjid
di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syar'ie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Sabah atau mana-mana Negeri.
(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau 18.
(3) Walau apapun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam
kariah masjid
yang lain daripada
kariah masjid
di mana pihak perempuan bermastautin jika-
(
a
) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam Negeri Sabah, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu telah diberi di bawah seksyen 17 atau 18 dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi di bawah subseksyen (1); atau
(
b
) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam sesuatu Negeri, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam
kariah masjid
yang lain itu telah diberi oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.