ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 101. Anggaran-anggaran.

(1) Majlis hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober dalam tiap-tiap tahun, anggaran-anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Majlis, termasuk di dalamnya anggaran-anggaran segala hartabenda yang boleh diterima dan boleh dilupuskan dalam bentuk matabenda bagi tahun yang akan datang.

(2) Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan anggaran-anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum 31 haribulan Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang lalu, dan anggaran itu boleh diluluskan atau dipindakan, dan hendaklah disiarkan, mengikut cara yang serupa.

(3) Tiada wang boleh dibelanjakan, atau hartabenda dilupuskan dalam bentuk matabenda kecuali mengikut anggaran-anggaran seperti yang disebut terdahulu itu dan atas baucer yang ditandatangani oleh Yang di-Pertua.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.