ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN II
PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 7. Perwakilan kuasa.

(1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa-kuasa dan hendaklah melaksanakan kewajipan-kewajipan sebagaimana yang diberi atau dipertanggungkan oleh Enakmen ini atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan boleh melalui suratcara bertulis yang dicap dengan meteri mewakilkan kepada mana-mana jawatankuasa atau orang semua atau mana-mana daripada kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan itu.

(2) Maka tertanggunglah kepada tiap-tiap jawatankuasa yang dilantik oleh majlis dan tiap-tiap seorang yang lain atau kumpulan orang yang diberi kuasa Majlis itu memberitahu Majlis apa-apa perbuatan atau perkara yang telah dibuatnya bagi menjalankan perwakilan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.