ORDINAN 4 TAHUN 1991
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan Dan Bidang Kuasa



Seksyen 6. Perlantikan Hakim.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas nasihat Majlis, melantik Ketua Hakim Syarie, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Seseorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-

(3) Seseorang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah memegang jawatan Kadi Besar atau Kadi di bawah seksyen 39(1) Ordinan Majlis Islam (Perbadanan)
[Bab 105] dan telah melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, layak memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie atau Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.