ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
PENUBUHAN DAN BIDANG KUASA



Seksyen 18. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan diselesaikan oleh seorang Pengerusi dan mana-mana dua orang Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie.

(2) Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah dalam mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat dikehendaki berbuat demikian.

(3) Dua orang yang dilantik untuk menganggotai Mahkamah Rayuan Syariah menurut subseksyen-subseksyen (1) dan (2) hendaklah tidak termasuk Hakim Syarie yang telah membicarakan atau membuat keputusan tentang kes yang dirayu.

(4) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi Pengerusi dalam tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, dan sekiranya dia tidak dapat menjalankan tugas, Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik yang paling kanan di antara Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.