ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN V
Pungutan Khairat



Seksyen 71. Pungutan Khairat.

(1) Majlis boleh memungut atau memberikan surat kebenaran dengan terma-terma yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, membenarkan orang atau kumpulan orang itu memungut wang-wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.

(2) Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang-wang atau sumbangan lain hendaklah----
(3) Wang-wang yang dipungut menurut seksyen ini boleh digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dan diluluskan oleh Majlis.

(4) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut di bawah subseksyen (1) kecuali dengan kuasa nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen yang sama.

(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.