ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 146. Perakuan dan akibat penghakiman.

(1) Apabila sesuatu kes adalah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah atas rayuan di bawah Bab ini ia hendaklah memperakukan penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah dari mana pendapat, hukuman atau perintah yang dirayukan itu telah direkodkan atau dijatuhkan.

(2) Apabila sesuatu rayuan tidak ditolak perakuan sedemikian hendaklah menyatakan alasan-alasan yang atasnya rayuan itu telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diubah.

(3) Mahkamah yang kepadanya Mahkamah Tinggi Syariah memperakukan penghakiman atau perintahnya hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah sebagaimana yang sesuai dengan penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi Syariah tersebut dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.