ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999
BAHAGIAN III - MAWQUF-ALAIH
Seksyen 12. Keadaan di mana manfaat atau faedah sesuatu mawquf dibahagikan sama rata, dsb.
(1) Jika terdapat lebih dari seorang mawquf-alaih dan waqif tidak menetapkan untuk mereka kadar manfaat atau faedah masing-masing terhadap mawquf itu, ia hendaklah dibahagikan sama rata di antara mereka.
(2) Seksyen 11 hendaklah terpakai kepada manfaat atau faedah mana-mana mawquf-alaih yang tersebut di bawah subseksyen (1) seksyen ini yang telah mati atau tidak dapat dikesan tanpa memerlukan apa-apa pemberitahuan dalam
Warta
.
(3) Jika sesuatu wakaf dibuat kepada asnaf zakat tetapi tidak ditentukan kadar masing-masing, manfaat atau faedah daripada mawquf itu hendaklah dibahagi mengikut kadar asnaf zakat.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.