ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 29. Peralihan

(1) Mana-mana---
atau persamaannya yang dilantik, ditubuhkan atau wujud menurut mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah, melainkan ditentukan sebaliknya oleh Majlis, disifatkan sebagai telah dilantik atau ditubuhkan di bawah Enakmen ini; dan segala tindakan dan perbuatan (termasuk kontrak) yang dibuat atau dilakukan secara sah oleh Pendaftar, Nazir Sekolah Islam, jemaah, lembaga atau Lembaga Pentadbiran Sekolah Agama di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu hendaklah disifatkan telah dibuat atau dilakukan di bawah Enakmen ini.

(2) Apa-apa tabung atau kumpulan wang yang ditubuhkan atau ditadbirkan oleh mana-mana jemaah, lembaga atau Lembaga Pentadbiran Sekolah Agama yang ditubuhkan di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu hendaklah disifatkan telah ditubuhkan di bawah seksyen 9 Enakmen ini dan hendaklah, mulai dari tarikh Enakmen ini mula berkuatkuasa, ditadbirkan dan diuruskan menurut seksyen tersebut.

(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2) Majlis hendaklah, dalam masa 6 bulan daripada tarikh Enakmen ini mula berkuatkuasa, mengarahkan Lembaga Pentadbiran Sekolah Agama yang ditubuhkan di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu supaya mengambil langkah untuk mendaftar dengan Pendaftar di bawah Enakmen ini.

(4) Mana-mana orang yang enggan mematuhi arahan Majlis di bawah subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.