ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 171. Jumlah bon.

Jumlah bon yang dilaksanakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan mengambil perhatian kepada keadaan di dalam kes supaya mencukupi untuk kehadiran orang yang ditangkap itu, akan tetapi tidak harusnya melampaui; dan Mahkamah Rayuan boleh, di dalam mana-mana kes, sama ada terdapat rayuan dari sabitan atau tidak, mengarahkan supaya seseorang itu diberi jamin atau jaminan yang diperlukan oleh Pegawai Majlis atau Penyelia Agama atau Pegawai Polis atau Mahkamah dikurangkan atau ditambah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.