ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 97. Pertuduhan mengikut Borang 4B dalam Jadual.

(1) Semua pertuduhan ke atas orang-orang yang dibicarakan di hadapan Mahkamah hendaklah dibuat atas nama Pengarah Pendakwa, dan seberapa hampir serupa dengan Borang 4B dalam Jadual dan hendaklah ditandatangani oleh Pengarah Pendakwa atau oleh orang-orang yang diberi kuasa olehnya bagi pihaknya, dan kes yang kemudiannya ditambah dengan perkataan-perkataan "Dengan kuasa Pengarah Pendakwa" kepada tandatangan itu.

(2) Prosiding itu tidak boleh terhenti atau tamat oleh sebab kematian atau pemecatan atau penukaran dari jawatan Pengarah Pendakwa.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.