ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH ISLAM



Seksyen 19. Jemaah, guru dan pekerja hendaklah membantu Nazir Sekolah Islam

(1) Tiap-tiap anggota Jemaah, guru atau pekerja Sekolah Islam hendaklah memberi segala kemudahan kepada mana-mana Nazir Sekolah Islam atau mana-mana orang yang diberikuasa menjalankan apa-apa pemeriksaan dan hendaklah memberikan segala maklumat dan mengemukakan segala buku, akaun dan dokumen lain yang dikehendaki.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.