ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX
Prosiding Mengenai Beberapa Kesalahan Berkenaan Pentadbiran Keadilan.



Seksyen 172. Acara mengenai kesalahan dilakukan di hadapan Mahkamah.

Apabila sesuatu kesalahan yang disebutkan dalam seksyen 210, 211, 212, 213, 214 dan 215 Kanun ini dilakukan di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah itu boleh mengarahkan orang itu ditahan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan Mahkamah hari itu boleh, jika difikirkan patut, membicarakan kesalahan itu dan menghukumkan pesalah dengan denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.