ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN ( PLIDING )
Seksyen 52. Penyata tuntutan.
(1) Tiap-tiap pernyataan tuntutan hendaklah ditandatangani oleh plaintif atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi-
(
a
) huraian padat dalam perenggan-perenggan yang bernombor fakta-fakta yang dihujahkan oleh plaintif dan menunjukkan alasan tindakannya, termasuk butir-butir mana-mana keupayaan khas plaintif jika ada;
(
b
) butir-butir tuntutan yang mencukupi;
(
c
) pernyataan mengenai relief yang dituntut; dan
(
d
) butir mana-mana permohonan lain.
(2) Jika terdapat lebih daripada satu alasan tindakan, tiap-tiap alasan dan relief yang dituntut mengenainya hendaklah dinyatakan satu persatu.
(3) Di dalam permohonan bercerai seorang suami atau isteri hendaklah membuat permohonan mengikut seksyen 45 Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam 1991
[Ordinan No. 5/91.]
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.