ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 24. Pendaftaran perkahwinan luar Negeri oleh orang-orang yang bermastautin dalam Negeri ini.


(1) Jika seseorang yang bermastautin atau bermukim dalam Negeri ini telah berkahwin di luar Malaysia dengan sah mengikut Hukum Syarak dan perkahwinan itu bukanya suatu perkahwinan di bawah seksyen 115 atau perkahwinan yang didaftarkan di bawah peruntukan seksyen 20, maka orang itu hendaklah, dalam masa satu bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan Islam yang berhampiran sekali dalam Negeri ini atau yang terdapat di Kedutaan Malaysia di negara itu atau di negara yang berhampiran sekali untuk mendaftarkan perkahwinan itu dan perkahwinan itu, setelah didaftarkan sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini, melainkan jika sebelum tamat tempoh itu salah satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali ke Negeri ini, dan dalam hal yang demikian, jika sekiranya perkahwinan itu belum didaftarkan sedemikian di luar Malaysia, maka pendaftaran perkahwinan yang berlaku di luar Malaysia itu hendaklah dibuat dalam masa satu bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Negeri ini dan salah satu atau kedua-dua pihak itu hendaklah hadir di hadapan mana-mana Pendaftar dalam Negeri ini untuk-



(2) Pendaftar boleh mengecualikan satu daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu hadir jika ia berpuashati bahawa ia ada sebab-sebab yang munasabah dan cukup bagi pihak itu tidak hadir dan dalam hal yang demikian catatan dalam Buku Daftar Nikah hendaklah termasuk suatu penyataan tentang sebab isteri atau suami itu tidak hadir.

(3) Selepas sahaja pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini, satu salinan sah catatan dalam daftar itu yang ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami itu dan satu salinan lagi..............................................yang ditetapkan kepada Ketua Pendaftar Perkahwinan yang akan menyebabkan salinan-salinan yang diperakui itu dijilid bersama untuk menjadi daftar perkahwinan di luar Malaysia.

(4) Jika pihak-pihak kepada perkahwinan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen-kecil (1), adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak kepada perkahwinan itu memohon kepada Qadhi untuk didaftarkan perkahwinan itu dan Qadhi boleh atas permohonan itu mendaftarkannya setelah dibayar apa-apa penalti yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.