ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 213. Tidak mengemukakan, dsb. dokumen kepada pegawai agama oleh seseorang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan, dsb. dokumen itu

Barang siapa, yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan atau menyerahkan apa-apa dokumen kepada mana-mana pegawai agama sebagai yang demikian, dengan sengaja tidak mengemukakan atau menyerahkan dokumen itu sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; atau jika dokumen itu dikehendaki dikemukakan atau diserahkan kepada suatu Mahkamah, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.