ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 7. Nyataan yang menjadi punca, sebab atau natijah bagi nyataan yang menjadi soal.

Nyataan yang menjadi punca, sebab atau natijah, sama ada secara langsung atau tidak, bagi nyataan yang berkaitan atau yang menjadi soal, atau nyataan yang menjadi keadaan sesuatu dalam mana nyataan itu berlaku, atau yang memberi peluang untuk nyataan itu dilaku atau diuruskan, adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.