ENAKMEN 2 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak
Seksyen 120. Pengakuan tidak boleh dibatalkan
Sesudah sahaja pengakuan atau pengesahan dibuat tentang pertalian sebagai bapa dan anak atau tentang perkeluargaan atau persaudaraan, maka pengakuan atau pengesahan itu tidak boleh
dibatalkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.