ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVIII - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 129. Penyampaian perintah.

(1) Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan selain daripada pembayaran wang hendaklah menyatakan tempoh masa bila perbuatan itu mesti dilakukan. Jika masa tidak dinyatakan, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya bila penghakiman atau perintah diberi atau dibuat, salinan penghakiman atau perintah itu atau mana-mana notis berkenaan tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, prosiding untuk menangkap atau menahannya tidak boleh diambil kecuali dia telah disampaikan satu salinan penghakiman atau perintah yang diendorskan dengan notis dalam borang yang ditetapkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.