ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 98. Keterangan tentang perkara-perkara bertulis.

Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau pelupusan lain mengenai harta yang berkenaan dengannya dia memberi keterangan tidak terkandung dalam sesuatu dokumen, dan jika dia mengatakan ada, atau sekiranya dia hampir hendak membuat apa-apa pernyataan tentang kandungan sesuatu dokumen yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak menentang boleh membantah keterangan itu diberi sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga terbukti fakta-fakta yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberi keterangan sekunder mengenainya.

Huraian-Seseorang saksi boleh memberikan keterangan lisan mengenai pemyataan-pemyataan yang telah dibuat oleh orang-orang lain mengenai kandungan dokumen jika pernyataan-pernyataan itu adalah sendirinya fakta-fakta relevan.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.