ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 40. Penubuhan dan Mohor Mahkamah Syariah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan pada tempat-tempat yang difikirkannya patut.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

(4) Mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan di bawah subseksyen-subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah mempunyai dan menggunakan mohor atau cap yang diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan semua dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah-mahkamah tersebut hendaklah dicap dengan mohor atau cap Mahkamah itu dan ditandatangan oleh Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 43 (1) bagi Mahkamahnya masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.