ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XIX - PROSIDING MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 169. Prosedur mengenai kesalahan dilakukan di hadapan Mahkamah.

Jika sesuatu kesalahan yang disebutkan di dalam seksyen 207, 208, 209, 210, 211 dan 212 dilakukan di hadapan Mahkamah, Mahkamah itu boleh mengarahkan orang itu ditahan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan Mahkamah hari itu boleh, jika difikirkan patut, membicarakan kesalahan itu dan menghukumkan pesalah dengan denda tidak melebihi daripada lima ratus ringgit atau dengan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.