ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 63. Bon untuk hadir bagi pengadu dan saksi-saksi.

(1) Jika apabila suatu penyiasatan dibuat di bawah Bab ini ternyata kepada pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa ada keterangan yang cukup atau alasan yang munasabah bagi membenarkan pembicaraan jenayah dimulakan atau dilanjutkan terhadap seseorang, pegawai itu hendaklah meminta pengadu itu, jika ada, dan beberapa orang yang ternyata kepada pegawai itu mengetahui akan hal-hal kes itu, sebagaimana dia fikirkan perlu, menyempurnakan bon untuk hadir di hadapan Mahkamah Kadi yang disebut di dalamnya dan memberi keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap yang dituduh itu.
(2) Pegawai yang di hadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantarkannya ke Mahkamah Kadi.

(3) Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon pegawai itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada Mahkamah Kadi yang boleh kemudiannya menurut budibicaranya mengeluarkan waran atau saman untuk menjamin kehadiran pengadu atau saksi itu di hadapannya supaya memberi keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap yang dituduh itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.