ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 103. Pemeriksaan balas tentang pernyataan bertulis terdahulu.

(1) Seseorang saksi boleh diperiksa-balas tentang pernyataan yang dahulu dibuat olehnya secara bertulis atau yang dicatatkan menjadi tulisan dan yang relevan dengan perkara yang menjadi soal dalam guaman atau prosiding dalam mana dia diperiksa-balas, tanpa tulisan itu ditunjukkan kepadanya atau dibuktikan; tetapi jika sekiranya dimaksudkan hendak menyangkal saksi itu dengan tulisan itu, maka perhatiannya mestilah, sebelum tulisan itu boleh dibuktikan, ditarik kepada bahagian-bahagian tulisan itu yang hendak digunakan bagi maksud menyangkalnya.

(2) Jika seseorang saksi, apabila diperiksa-balas tentang pernyataan lisan yang dahulu dibuat olehnya yang relevan dengan perkara yang menjadi soal di dalam guaman atau prosiding dalam mana dia diperiksa-balas itu dan yang tak konsisten dengan testimoninya yang sekarang, tidak dengan nyata mengaku bahawa dia telah membuat pernyataan itu, maka bukti bolehlah diberi yang dia sebenarnya telah membuat pernyataan lisan itu; tetapi sebelum bukti itu diberi, hal keadaan pernyataan yang dikatakan itu, yang cukup untuk menentukan peristiwa yang dia telah membuat pernyataan itu, hendaklah disebutkan kepada saksi itu, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia telah membuat pernyataan itu atau tidak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.