BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 4 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN
(1) Apabila menerima suatu permohonan di bawah seksyen 176, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu saman penghutang penghakiman dalam Borang MS 43.
(2) Sesuatu saman penghutang penghakiman hendaklah disampaikan kepada penghutang penghakiman itu sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengaran saman itu.