ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VI - TAKSIRAN DAN RAYUAN
BAB I - TAKSIRAN



Seksyen 39. Taksiran dan taksiran tambahan dalam kes tertentu.

(1) Setiausaha jika berkenaan dengan mana-mana tahun taksiran ternyata kepadanya bahawa tiada taksiran atau taksiran yang mencukupi telah dibuat ke atas seseorang yang boleh dikenakan zakat, boleh dalam tahun itu atau tahun-tahun yang berikutan dengan tahun itu, membuat suatu taksiran atau taksiran tambahan, mengikut mana yang berkenaan, ke atas orang itu sebanyak amaun atau amaun tambahan pendapatan atau zakat yang kena dibayar atau amaun zakat tambahan yang, mengikut budibicara Setiausaha, taksirannya berkenaan dengan orang itu patut telah dibuat bagi tahun itu.

(2) Setiausaha, jika ternyata kepadanya bahawa -

berkaitan dengan atau berhubungan dengan zakat, boleh pada bila-bila masa membuat suatu taksiran berkenaan dengan orang itu bagi mana-mana tahun taksiran bagi maksud mengimbuhi apa-apa kerugian zakat yang ada hubung-kait dengan perbuatan fraud, keingkaran sengaja atau kecuaian yang berkenaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.